suria

Nelayan tangkap ikan pari air tawar terbesar di dunia, berat cecah 300 kilogram

Ikan pari gergasi mencecah hampir 300 kilogram yang ditangkap nelayan Kemboja.

IKAN air tawar terbesar di dunia, seekor ikan pari gergasi, telah ditangkap di Sungai Mekong, Kemboja.

Ikan pari tersebut yang ditangkap pada 13 Jun lalu, berukuran hampir empat meter panjang dan beratnya hampir mencecah 300 kilogram.

Rekod sebelumnya untuk ikan air tawar terberat yang pernah ditangkap ialah seekor ikan keli gergasi seberat 293 kilogram, yang ditangkap di Thailand pada 2005.

Ikan pari tersebut ditangkap oleh seorang nelayan tempatan di Stung Treng, di timur laut Kemboja.

Nelayan itu kemudian memaklumkan pasukan saintis yang bekerjasama dengan Pentadbiran Perikanan Kemboja dan Agensi Pembangunan Antarabangsa Kerajaan Amerika Syarikat (USAID).

Para saintis yang tiba beberapa jam kemudian selepas mendapat panggilan daripada nelayan tersebut turut kagum dengan penemuan ikan pari gergasi tersebut. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain