suria

Orang utan hisap rokok, hembus asap macam pro! Zoo dakwa pelawat baling dalam kandang

Aksi seekor orang utan menghisap rokong dalam kandangnya menjadi tular di media sosial.

TULAR sebuah video memaparkan seekor orang utan selamba menghisap rokok di dalam kandangnya di sebuah zoo, di Saigon.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, kelihatan orang utan jantan tersebut duduk di atas lantai, sambil sebelah tangannya memegang sebatang rokok.

Selepas menghisap rokok, ia menghembus asap dan kemudian menenyeh putung rokok di lantai untuk mematikan api, persis lagak seperti manusia.

Difahamkan, video tersebut dirakam di Zoo Saigon dan Taman Botani di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

Selepas video tersebut tular, pihak zoo menafikan haiwan itu pernah diberi rokok, sebaliknya berkata ia menjumpainya selepas dibaling oleh pelawat.

Pihak zoo juga berkata, kakitangan keselamatan mereka tidak mempunyai keupayaan untuk mengawasi segala-galanya sepanjang masa.

Sebaik sahaja dimaklumkan mengenai klip video tersebut, mereka mengambil langkah pantas bagi memastikan insiden yang sama berulang.

Laporan berita tempatan mendakwa terdapat beberapa insiden di mana pelawat membuang sampah ke dalam sangkar haiwan walaupun notis amaran telahpun diletakkan di dalam zoo.

Insiden terbaharu itu mendapat perhatian kumpulan aktivis pencinta haiwan yang menyelar tindakan segelintir pelawat kerana tidak bertanggungjawab. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain