suria

Hampir 12 tahun jadi mangsa rogol bapa sendiri, wanita anggap ‘ayah sudah lama mati’

Aicha kini tinggal di Dublin bersama pasangannya dan bayi mereka yang berusia enam bulan.

SEORANG wanita tampil berkongsi pengalaman pahit dirinya yang pernah menjadi 'pemuas nafsu' bapa sendiri, dengan harapan perkongsian tersebut dapat membantu orang lain yang berdepan situasi sama.

Aicha Dounia, 21, menjadi mangsa serangan seksual lelaki tersebut selama hampir 12 tahun, iaitu antara Januari 2006 hingga Disember 2017.

Selepas kisah itu terbongkar, pada 2018, bapanya dipenjarakan selama 15 tahun atas tuduhan merogol berulang kali, termasuk cubaan merogol, seks luar tabii dan serangan seksual.

"Kali pertama ianya berlaku sentiasa terngiang-ngiang di fikiran saya. Saya tidak akan melupakan perasaan ketika itu, kekeliruan dan perasaan benar-benar terganggu.

"Ia sampai ke satu tahap di mana saya sentiasa dilanda ketakutan bahawa dia akan membunuh saya," kata Aicha.

Sejak bapanya dipenjarakan, Aicha tidak pernah berhubung dengan lelaki tersebut.

"Setahu saya, dia sudah lama mati," katanya lagi.

Aicha kini merupakan seorang pelajar dan tinggal di Dublin bersama pasangannya dan bayi mereka yang berusia enam bulan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain