suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angkara berebut parkir kereta, seorang askar tikam jiran sebanyak enam kali

Lelaki ini merupakan seorang anggota askar.

SEORANG bekas tentera telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas didakwa membunuh dua orang jirannya Stephen dan Jennifer Chapple.

Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap Collin Reeves, 35 yang bakal berdepan tempoh minimum 38 tahun penjara apabila pembunuhan kejam terhadap pasangan menggunakan keris istiadat ketenteraan miliknya.

Kejadian berlaku disebabkan salah faham antara suspek dan mangsa berhubung parkir kereta di kawasan rumah mereka di Norton Fitzwarren, Somerset pada November tahun lalu.

Ketika kejadian 'tragis' berlaku, anak-anak pasangan suami isteri itu sedang nyenyak tidur sewaktu suspek melompat pagar sebelum menyerang mangsa.

Suspek yang berjaya memasuki rumah jirannya ini telah bertindak kejam dengan menikam mangsa sebanyak enam kali di bahagian dada dan bahu.

Berikutan kejadian suspek kemudian menghubungi talian kecemasan dan mengaku telah menikam pasangan suami isteri itu. News Sky

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain