suria

Pengemis mengamuk lempar selipar, ludah gara-gara tak diberi wang

Seorang pengemis bertindak melemparkan selipar ke arah pemandu gara-gara tidak diberikan wang. sumber kejadians,g

GARA-gara tidak diberikan wang, seorang pengemis bertindak melemparkan selipar ke arah seorang pemandu.

Kejadian itu berlaku di Semarang di Jawa Tengah, Indonesia.

Susulan insiden itu, Ketua Unit Polis Perkhidmatan Awam (Satpol PP) Kota Semarang, Fajar Purwoto berkata, pihaknya sudah dua kali menahan pengemis tersebut.

"Waktu itu kami tahannya di Kalibaneng," katanya pada Khamis.

Fajar berkata, pengemis itu pernah beroperasi di kawasan Majapahit dan Kalibanteng.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tahan pengemis tanpa hidung yang tular, didakwa ada kereta Avanza, tiga isteri

Selain itu, pengemis itu disyaki mempunyai rangkaian yang beroperasi di kawasan lain.

"Dia beroperasi seorang diri. Dia ada rangkaian, tetapi mungkin rakannya berada di lokasi lain," katanya.

Berdasarkan siasatan, Fajar mengesahkan pengemis itu waras.

"Dia tidak gila, tetapi kadang kala apabila tidak diberi wang dia terus meludah, jika tidak dia mengetuk pintu kereta,” katanya.

Video pengemis itu melemparkan selipar menjadi tular di media sosial.

Menurut satu perkongsian, kejadian berlaku di persimpangan Arteri Puri Anjasmoro bertentangan dengan pam minyak dari arah Kaligawe, Semarang. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain