suria

Anak pendakwah terkenal berusia 3 tahun maut, ditembak secara tidak sengaja ketika bermain pistol pengawal peribadi

Pengebumian seorang kanak-kanak tiga tahun yang maut ditembak secara tidak sengaja.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun meninggal dunia apabila ditembak secara tidak sengaja oleh abangnya berumur lima tahun.

Dalam kejadian yang berlaku di Indonesia pada Khamis, polis menyifatkan insiden tersebut sebagai kemalangan.

Kedua-dua kanak-kanak itu merupakan anak kepada pendakwah terkenal, Arrazy Hasyim, yang berada di Tuban, Jawa Timur untuk menziarah keluarga.

Ketika itu, keluarga Arrazy dalam perjalanan bersama pengawal peribadi yang merupakan anggota polis.

Ketika kejadian, anggota polis dilaporkan sedang menunaikan solat terdengar bunyi dentuman kuat dari senjata api.

ARTIKEL BERKAITAN: Remaja perempuan 15 tahun maut tertembak diri sendiri ketika rakam video TikTok

Kanak-kanak berusia lima tahun itu memegang pistol milik pengawal peribadi dan bermain bersama adik lelakinya.

Mangsa yang berusia tiga tahun maut selepas terkena tembakan di bahagian dagu.

Anggota polis itu mendakwa dia menyimpan pistol di dalam beg dan meletakkannya di tempat yang selamat sebelum dia pergi menunaikan solat.

"Proses undang-undang tidak akan diteruskan oleh Polis Tuban kerana (keluarga) mangsa telah memberi kenyataan bahawa mereka tidak akan membuat pendakwaan.

"Mereka menerima kejadian itu sebagai takdir, dan menganggapnya sebagai satu kemalangan," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tuban, M Ganantha.

Bagaimanapun, anggota polis terbabit bakal berhadapan dengan jawatankuasa siasatan dalaman berhubung kejadian itu. - Coconuts Jakarta

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain