suria

[V] Penat 18 tahun usaha ‘melaram’ tak dihargai, isteri curang selepas dipuji rakan suami

Wanita ini melaram untuk suami selama lebih 18 tahun usia perkahwinan mereka. (Gambar hiasan)

SEORANG isteri sering berhias secantik mungkin untuk suami agar mereka tidak ‘lari’ atau cari wanita lain.

Begitulah yang sering diperkatakan dan didengari oleh kita bagi pasangan sudah berumah tangga.

Bagaimanapun, walau secantik mana sekali pun seorang isteri itu, belum tentu suami akan setia dan menghargai usahanya ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Nagas di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Jesse mencerita kisah sepasang suami isteri yang sudah 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Sepanjang usia perkahwinan, dikurniakan rezeki memiliki dua orang cahaya mata.

“Saya ada seorang kawan ni, isteri dia cantik seperti model. 18 tahun mereka bernikah dan ada dua anak," katanya.

Dalam pada pasangan bahagia itu hidup penuh harmoni, terdapat kisah sedih yang diceritakan oleh lelaki ini.

Menurut lelaki itu, si isteri sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik, namun tidak dipandang oleh suaminya.

“Tapi saya dengar yang isteri dia curang dengan kawan kami.

“Malah, lelaki berkenaan suka memanggil isterinya dengan kasar seperti menggunakan panggilan ‘woi’ apabila berbicara (berborak).

“Kawan saya ni kalau dia panggil isteri bukan panggil ‘honey’, bukan sayang, bukan namanya tapi panggil hoi atau woi,” jelasnya.

Bercerita lanjut, katanya, wanita yang setia selama 18 tahun itu curang dengan rakan suami.

Konflik rumah tangga mereka mula timbul apabila hati si isteri sudah berbunga-bunga kerana dipuji cantik dan akhirnya dia ‘pergi’ kepada orang yang menghargai dirinya.

Begitulah yang terjadi apabila hampir dua dekad mereka mendirikan rumah tangga tetapi tidak pernah mendapat pujian daripada suami sendiri.

“Tiba-tiba dia terjumpa dengan kawan kami.

“Selama 18 tahun tak ada orang yang puji dia tapi hari itu dia dipuji oleh lelaki lain,” ujarnya lagi dalam video tersebut.

Untuk rekod, video tersebut dikongsikan di Indonesia namun menjadi tular di negara ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain