suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru bergelar bapa, lelaki sanggup berhenti kerja walau gaji tinggi... mahu luangkan masa dengan keluarga

Ankit berhenti kerja kerana mahu meluangkan masa dengan keluarga.

LELAKI biasanya diberikan cuti selama beberapa hari oleh syarikat masing-masing ketika isteri melahirkan anak.

Dek kerana cuti yang diberikan terlalu pendek, seorang lelaki sanggup berhenti kerja walaupun dia dibayar gaji yang tinggi oleh syarikatnya, kerana baginya, keluarga adalah keutamaan.

Dalam catatan di Instagram, Ankit Joshi, yang merupakan graduan Institut Teknologi India (IIT) Kharagpur, berkongsi kisahnya yang sanggup berhenti kerja walaupun dia baru sahaja menjawat jawatan sebagai naib presiden kanan di sebuah syarikat beberapa bulan lalu.

"Saya tahu ia adalah keputusan yang pelik. Orang ramai berkata, 'Anda tahu betapa sukarnya sekarang?'. Tetapi isteri saya Akanksha tetap bersama saya di belakang dan itu sahaja yang penting," tulis Ankit.

Kisah lelaki tersebut telah dikongsikan oleh sebuah halaman Instagram 'Humans of Bombay' yang kini menjadi viral.

Kisahnya mengundang reaksi yang pelbagai daripada netizen.

"Meninggalkan pekerjaan untuk menjadi bapa. Bro, awak mendapat tabik hormat saya.

"Sangat emosional... bukan semua orang mampu melakukannya," demikian antara komen netizen. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain