suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki terselamat walaupun batang besi tertusuk muka, nyaris tembusi otak

Besi menembusi bahagian kanan muka Celal. Foto: CEN

BERPANTANG maut sebelum ajal.

Itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan situasi yang dialami seorang pekerja pembinaan di Turkiye, yang hampir menemui ajal selepas sebatang bar keluli tertusuk pada mukanya.

Celal Sayar, 39, mengalami kemalangan itu apabila dia terjatuh ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan, yang kemudian menembusi tulang pipinya hingga ke belakang mata.

Batang besi tersebut menembusi bahagian wajah malah nyaris menembusi otaknya beberapa sentimeter sahaja lagi.

Gambar yang tular memaparkan Sayar terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas katil hospital dengan sebatang bar keluli terkeluar dari sebelah kanan mukanya.

Pakar perubatan di hospital di Samsun berjaya mengeluarkan bar keluli itu dari muka Sayar.

Lelaki tersebut kemudian dirawat di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Dailystar.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain