suria

Hilang selama 12 tahun, anjing kembali bersatu dengan pemilik

Liz Eldridge bersatu semula dengan anjingnya yang hilang 12 tahun lalu.

SEEKOR anjing yang hilang ketika ia masih kecil, kini bersatu semula dengan pemiliknya selepas hampir 12 tahun 'ghaib'.

Liz Eldridge, 51, membeli seekor anjing dan menamakannya Missie untuk dijadikan sebagai hadiah hari jadi untuk anaknya, Oscar, sebelum haiwan itu hilang pada Februari 2011.

Wanita tersebut tidak pernah jemu mencari Missie di seluruh negara selama lapan tahun sejak ia mula-mula hilang.

Namun wanita tersebut mula berputus asa apabila dia gagal menemui haiwan kesayangannya dan memikirkan ia berkemungkinan dicuri.

Tanpa diduga, Missie kemudian ditemui oleh orang awam, Selasa lalu dan diserahkan kepada penjaga anjing sebelum disatukan semula dengan Eldridge di Harpenden, Hertfordshire.

Mengambil iktibar atas insiden tersebut, Eldridge menggesa semua pemilik anjing untuk memasangkan haiwan peliharaan mereka dengan microchip.

"Ia hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi ia amat penting atau anda akan kehilangannya selama-lamanya," katanya. - Dailymail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain