suria

Apabila dua bekas teman wanita bertembung, lelaki merana... Akhirnya ditikam di dada!

Kedua-dua wanita ini dilihat mengugut bekas teman lelaki mereka dengan pisau.

APABILA dua bekas teman wanita bertemu, perkara yang berlaku selepas itu pastinya di luar jangkaan.

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila secara tidak sengaja dua bekas kekasihnya itu bertembung hingga tercetusnya perbalahan antara mereka.

Lebih parah apabila kedua-dua wanita itu iaitu Kelly Brock, 45, dan Hayley Hickson, 28, mengugut bekas kekasih mereka dengan pisau.

Kedua-dua wanita ini dijatuhkan hukuman penjara selepas mereka menikam mangsa yang tidak dinamakan pada 23 Julai tahun lalu.

Pergaduhan itu berakhir dengan mangsa ditikam di bahagian dada.

Terdahulu mangsa hadir ke hospital bagi mendapatkan rawatan selepas digigit anjing ditemani Brock, iaitu teman wanita on-and-off.

Secara kebetulan Hickson, yang berpisah dengan mangsa kira-kira dua minggu sebelum itu turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Rakaman CCTV menunjukkan pertengkaran tercetus apabila kedua-dua wanita berbual dan memeriksa telefon masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis! Lelaki ditikam berkali-kali, majlis kahwin jadi lokasi jenayah

Sehubungan itu, kedua-dua mereka dijatuhkan hukuman penjara di Mahkamah Newcastle Crown selepas mereka mencederakan mangsa yang tidak dinamakan itu pada 23 Julai tahun lalu.

“Brock mengikat rambutnya dan menyerahkan pisau kepada Hickson, yang kemudian diacukan ke arah lelaki tersebut,” kata pendakwa raya Emma Dowling.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua wanita tersebut bersenjatakan pisau yang sama, tetapi tidak dapat dipastikan siapa yang mengakibatkan kecederaan.

Hakim memutuskanan mereka berdua dijatuhkan hukuman penjara setelah mengaku mengugut lelaki tersebut menggunakan senjata tajam.

“Jenayah yang dilakukan adalah serius dan berbahaya, membawa pisau di khalayak ramai juga perkara yang remeh," ujar hakim tersebut. - Daily Mail

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain