suria

Tragis! Lelaki ditikam berkali-kali, majlis kahwin jadi lokasi jenayah

Lokasi mangsa ditikam berkali-kali.

SEORANG lelaki maut ditikam dalam satu majlis perkahwinan di daerah Nopphitam di Thailand pada malam Selasa.

Ketua Polis Nopphitam, Pol Kol Veerachat Khuhamuk berkata, mangsa diserang secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang datang dengan motosikal kira-kira jam 9.45 malam, di sebuah rumah di kampung Moo 4, Nopphitam.

"Mangsa Diam Yangkaew, 58, mati dalam keadaan berlumuran darah akibat ditikam berkali-kali di badan. Menurut saksi, Diam dipercayai tiba lewat di majlis perkahwinan tersebut kerana menghadiri majlis yang lain.

"Dia kemudian minum dengan beberapa tetamu lain sebelum didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal," ujarnya.

Beliau memberitahu, suspek kemudian berjalan ke arah mangsa dan menikamnya berulang kali menggunakan pisau di hadapan tetamu yang lain sebelum melarikan diri.

Tambahnya, pasukan polis mengesyaki dua lelaki itu bergaduh di majlis perkahwinan yang lain.

Bagaimanapun, suspek yang dikenali sebagai Prasit Praditsorn kemudiannya menyerah diri kepada polis. - Bangkok Post

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain