suria

Rosak, penuh dengan lopak air... Penduduk setempat tanam pisang dalam lubang jalan

Foto tular memaparkan seorang lelaki sedang menanam pisang di atas jalan berkenaan.

JALAN yang rosak di Desa Kembang-Pucel, Kabupaten Pati, Indonesia akhirnya dibaiki semula oleh pihak berkuasa.

Ketika ia belum dibaiki, penduduk setempat pernah menanam pokok pisang di dalam lubang-lubang sepanjang jalan berkenaan.

Malah, tindakan tidak masuk akal yang dilakukan oleh warga kawasan itu turut tular dan meraih perhatian ramai di media sosial.

jalan-rusak-yang-viral-ditanami-pohon-pisang-diperbaiki-1_169

Proses penurapan jalan yang dibuat pada Rabu.

Dalam perkembangan terbaharu, pekerja terlibat telah datang untuk menurap semula jalan berkenaan pada Rabu.

Beberapa foto ketika proses penurapan semula jalan berkenaan turut dikongsi ke media sosial. - Detik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain