suria

Macam binaan zaman firaun, pakar UFO dakwa temui pintu makam di planet Marikh

Dalam analisa video, Scott turut membandingkan binaan tersebut dengan makam purba zaman firaun di Mesir.

DAKWAAN mengenai penemuan pintu masuk ke sebuah makam di permukaan planet Marikh dikongsi menerusi laman YouTube.

Menurut Scott C. yang mendakwa dirinya sebagai pakar objek terbang tidak dikenali (UFO), dia percaya visual tersebut menjadi bukti kewujudan makhluk asing.

Dalam analisa video berkenaan, dia turut membandingkan binaan tersebut dengan makam purba zaman firaun di Mesir.

"Marikh mempunyai banyak bukti kehidupan makhluk asing purba. Lihat foto terbaru yang diambil minggu ini.

"Dua gambar menunjukkan pintu masuk ke lereng bukit. Pintu masuk kelihatan sangat mirip dengan pintu masuk purba di Vally of the Kings di Mesir.

"Dengan begitu banyak bukti konkrit saya tidak tahu bagaimana ahli arkeologi boleh menafikan perkara sebegitu.

"Marikh adalah bukti kehidupan yang begitu awal, ia melangkaui apa yang ada di bumi. 100 peratus bukti bahawa makhluk pintar purba pernah hidup dan berkembang maju di Marikh," ujarnya.

Perkongsian pakar UFO yang berpangkalan di Taiwan itu turut menarik perhatian peminatnya.

Namun, ada juga yang mendakwa Scott sengaja membuat dakwaan tidak berasas mengenai hal itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain