suria

Penumpang gempar terima foto ngeri nahas kapal terbang sejurus sebelum pesawat berlepas

Foto nahas pesawat yang dihantar kepada penumpang sejurus sebelum penerbangan berlepas.

PENUMPANG digemparkan dengan foto mengerikan menunjukkan kapal terbang terhempas yang dihantar secara misteri, sejurus sebelum pesawat yang dinaiki berlepas.

Susulan kebimbangan itu, sebuah pesawat kembali ke terminal lapangan terbang di Tel Aviv, Israel, sebelum pemindahan penumpang dan pemeriksaan ke atas semua bagasi dilakukan.

Penerbangan itu dibatalkan sejurus sebelum berlepas apabila penumpang memaklumkan menerima imej nahas pesawat, yang didakwa dihantar melalui iPhone AirDrop.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat China Eastern Airlines bawa 133 orang terhempas

Pemeriksaan keselamatan tambahan telah dijalankan di Lapangan Terbang Ben Gurion terhadap 160 penumpang yang sepatutnya menaiki penerbangan ke ke Istanbul.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan bilangan penumpang yang menerima foto yang menakutkan itu.

gambar nahas 2

Antara foto yang diterima penumpang adalah bangkai pesawat terhempas pada 2013.

Beberapa penumpang menerima gambar pesawat Turkish Airlines yang terhempas di Amsterdam pada 2009, sehingga mengorbankan sembilan orang.

Mereka yang lain turut menerima foto bangkai pesawat Asiana Airlines 214, yang terhempas di San Francisco, Amerika Syarikat pada 2013.

Bercakap kepada Channel 12, seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Diana berkata: "Seorang wanita pengsan, seorang lagi mengalami serangan panik."

Polis menahan sembilan warga Israel sebagai suspek dan sekiranya didapati bersalah menyebarkan maklumat palsu, boleh dipenjarakan sehingga tiga tahun.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel mengesahkan amaran keselamatan dihidupkan apabila penumpang Boeing 737 yang dikendalikan oleh AnadoluJet di bawah Turkish Airlines, menunjukkan gambar-gambar tersebut kepada anak kapal semasa pesawat berada di landasan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain