suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang tak dapat keluarkan wang, pemuda pecahkan mesin ATM guna batu

Seorang pemuda didakwa memecahkan sebuah mesin ATM. -gambar hiasan

POLIS menahan seorang suspek yang mengakibatkan kerosakan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Labuan Bajo di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, pada Isnin.

Polis, AKP Ridwan berkata, kejadian berlaku di hadapan sebuah gedung pada 1 Mei lalu.

Suspek didakwa merosakkan mesin ATM ketika cuba membuat pengeluaran wang.

Pelaku dikatakan berang kerana tidak dapat mengeluarkan wang dari mesin tersebut.

Dia kemudian mengeluarkan batu yang dibawa dari rumah, yang disimpan dalam poket seluarnya.

"Suspek merosakkannya sehingga skrin monitor mesin ATM pecah.

"Suspek sebenarnya mempunyai niat untuk melakukan kerosakan," kata Ridwan dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain