suria

Mimpi sedang potong daging, tanpa sedar lelaki ini kerat buah zakar sendiri ketika tidur

Petani itu memotong buah zakar sendiri menggunakan pisau ketika dia sedang tidur.

SEORANG lelaki dirawat di hospital dan cuba mengumpul dana untuk pembedahan selepas memotong buah zakarnya secara tidak sengaja ketika sedang tidur.

Kofi Atta, 47, berkata dia tertidur di atas kerusi dan bermimpi sedang memotong daging.

Tanpa sedar, petani dari Ghana itu mencapai pisau dan memotong buah zakarnya sendiri, persis aksi yang sedang dilakukan dalam mimpinya.

"Saya sedang duduk di kerusi ketika saya mengantuk. Ketika tidur, saya bermimpi bahawa saya sedang memotong daging di hadapan saya.

"Saya tidak ingat bagaimana saya mengambil pisau itu, malah saya keliru," ujarnya.

Dia dirawat di hospital awal bulan ini dan dimaklumkan perlu menjalani pembedahan untuk pulih sepenuhnya.

Dia kini sedang berusaha untuk mengumpul dana daripada orang ramai supaya dia mampu menjalani prosedur di Hospital Pengajian Komfo Anokye. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain