suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka mayat mangsa bunuh, rupa-rupanya patung seks Jepun hanyut di Thailand

Patung seks itu disangka sebagai mayat wanita yang hanyut di pantai. Foto: ViralPress/ Shop Jung Bangsaen.

PENGUNJUNG pantai terkejut melihat 'mayat' seorang wanita terdampar tanpa seurat benang, dipercayai telah mati dibunuh.

Polis dan pasukan penyelamat yang dihubungi kemudiannya hadir ke lokasi kejadian di daerah Bang Saen di Chonburi, timur Thailand sebelum mengesahkan bahawa ia sebenarnya patung seks.

Menurut polis, patung seks hiper-realistik dari Jepun yang berjenama "AV idol" itu telah menimbulkan rasa takut dalam kalangan penduduk tempatan yang menyangka ia mayat seorang wanita.

"Pada 18 Ogos 2022, pasukan penyelamat dimaklumkan bahawa orang ramai di pantai terkejut melihat seorang wanita muda berbogel dan tidak sedarkan diri.

“Pegawai kemudian bergegas untuk membuat pemeriksaan. Dari jauh ia kelihatan seperti seorang wanita. Tetapi apabila mereka bergerak lebih dekat ia merupakan anak patung AV.

"Kepalanya hilang dan bahagian bawahnya terdedah. Kami percaya anak patung itu telah dibuang ke dalam sungai atau terusan sebelum memasuki laut dan dihanyutkan di pantao. Ia kini telah dialihkan.

"Jika pemilik mahu menuntut semula anak patung mereka, mereka boleh mengambilnya dari balai pasukan penyelamat," ujar jurucakap polis daerah Bang Saen. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain