suria

Khaby Lame bukan lagi pendatang asing, diberi kewarganegaraan Itali selepas popular di TikTok

Lame diberikan status kewarganegaraan Itali pada minggu ini. Foto: Facebook City of Chivasso.

KHABY Lame, individu yang mempunyai pengikut TikTok paling ramai di dunia telah diberikan status kewarganegaraan Itali.

"Saya bersumpah untuk setia kepada republik dan mematuhi perlembagaan dan undang-undang negara," ujar Lame dihadapan pegawai di Chivasso, bandar berhampiran Turin pada 17 Ogos lalu.

Menurut Lame, 22, dia juga berbangga dengan pertukaran status itu memandangkan dia membesar di Itali sejak berusia setahun.

"Saya amat berbangga. Saya menguasai bahasa Itali sejak sekian lama kerana saya menetap di sini.

"Saya rasa tanggungjawab yang besar atas sumpah yang saya lafazkan. Ini bukan sekadar kata-kata," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hafal al-Quran sejak umur 14 tahun, Khaby Lame diangkat sebagai manusia paling popular di TikTok

Kes melibatkan selebriti media sosial itu menyerlahkan betapa rumitnya proses untuk pendatang asing mendapatkan status kewarganegaraan di Itali.

Kewarganegaraan Itali boleh diperoleh oleh anak-anak bukan Itali apabila mereka mencapai umur 18 tahun, jika mereka dilahirkan di Itali dan telah tinggal di negara itu secara berterusan sejak bayi.

Namun, Lame melalui proses yang rumit kerana dia dilahirkan di Senegal sebelum berpindah dan membesar di Itali sejak berusia setahun.

Untuk rekod, Lame meraih populariti luar biasa menerusi TikTok ketika pandemik pada tahun 2020 dengan video mimik muka bersahaja yang melucukan.

Dia kini mengumpul 148.6 juta pengikut di platform video itu. - CBS News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain