suria

Sembunyi identiti ketika jumpa kekasih, lelaki pakai burqa ditahan polis

Ali ditahan kerana memakai burqa pada Selasa lalu.

BERKORBAN demi cinta.

Begitulah kisahnya mengenai seorang lelaki berusia 25 tahun di daerah Shahjahanpur, India yang ditangkap gara-gara memakai burqa.

Memandangkan dia dikenali di kawasan Mehmadpur, pelaku iaitu Saif Ali memakai burqa untuk menyembunyikan identiti ketika bertemu dengan teman wanitanya pada Selasa.

Bagaimanapun, helah lelaki itu tidak berjalan seperti yang dirancang apabila ia berjaya dihidu oleh penduduk setempat.

Penampilannya di sebalik burqa mencetuskan syak wasangka sehingga ada penduduk meminta Ali membuka pakaiannya sebelum helah tersebut terbongkar.

Penduduk kampung kemudiannya membuat laporan polis yang membawa kepada penahanannya, kata Superintendan Polis Tambahan (Luar Bandar) Sanjeev Bajpai pada Khamis.

Seorang penduduk tempatan turut berkongsi kejadian itu menerusi media sosial sehingga ia tular dan meraih perhatian ramai.

Gara-gara perbuatannya itu, Saif Ali didakwa di bawah tuduhan "menganggu keamanan" kerana bersembunyi di sebalik burqa, kata polis, menurut PTI. - India Times.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

lelaki berpakaian wanita, lelaki

Artikel Lain