suria

Dibunuh pada malam pertama! Kaki dipatah, mayat isteri disumbat dalam bagasi

Nutt didakwa membunuh isterinya pada malam perkahwinan.

TRAGIS! Seorang suami sanggup mengheret mayat isterinya yang diletakkan di dalam beg pakaian selepas membunuhnya pada malam perkahwinan mereka.

Thomas Nutt, 46, dikatakan menumbuk dan mencekik Dawn Walker sebelum memasukkan mayatnya ke dalam bagasi dan membuangnya di kawasan semak.

Menerusi perbicaraan, Mahkamah Bradford Crown mendengar bagaimana lelaki terbabit membunuh pengantin perempuannya pada malam perkahwinan mereka, beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan pada 27 Oktober tahun lalu.

Dia pada mulanya menyembunyikan mayat isterinya di dalam almari di rumah mereka, sebelum mematahkan kaki bagi memuatkan isterinya ke dalam bagasi yang kemudian disembunyikannya di dalam semak.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikeluarkan Polis West Yorkshire, Nutt kelihatan mengheret Dawn keluar dari rumah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sempat kahwin, lelaki bunuh tunang guna kapak... mayat ditemui separuh bogel

Dia kemudiannya dilihat kembali ke taman untuk menutup trek roda bagasi di dalam lumpur.

Satu lagi klip rakaman menunjukkan Dawn masih dalam gaun pengantinnya dan dikatakan pulang dari pub bersama Nutt di mana mereka telah meraikan perkahwinan.

Ia adalah kali terakhir Dawn dilihat hidup di rumah mereka di Shirley Grove, Lightcliffe, berhampiran Halifax di West Yorkshire. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain