suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat berbungkus selimut ditemui di tepi jalan... Leher, kaki diikat kabel elektrik

Pemindahan mayat di lokasi kejadian. foto KOMPAS.COM/ARI MAULANA KARANG

PENEMUAN mayat seorang pemuda di tepi jalan menggemparkan penduduk di sebuah kampung.

Dalam kejadian di Kampung Mekar Famili di Cisewu, Garut di Jawa Barat, Indonesia, mayat pemuda tersebut ditemukan bersandar di tebing, berbungkus dengan selimut.

Ketika dijumpai, bahagian leher mayat diikat dengan kabel elektrik hingga ke kedua-dua kakinya.

Wajah mangsa yang lengkap berpakaian juga berlumuran darah, disyaki telah diseksa.

Ketua Polis Garut, Wirdhanto Hadicaksono berkata, siasatan awal yang dijalankan oleh Polis Cisewu, mengesahkan mayat itu bukan penduduk di daerah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih sebulan tak hubungi anak, akhirnya hanya mayat yang ditemui

Menurut Wirdhanto, mayat lelaki itu ditemui oleh penduduk yang sedang melintas jalan pada waktu pagi ketika hendak pergi menoreh pokok getah.

"Susulan penemuan itu, ia kemudian dimaklumkan kepada pihak polis.

"Mayatnya dihantar ke Pusat Kesihatan Cisewu untuk bedah siasat," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain