suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami isteri gempar kucing peliharaan lahirkan anak ada 2 kepala

Anak kucing dilahirkan dengan dua kepala. foto KYTV

PASANGAN suami isteri digemparkan dengan kucing peliharaan mereka melahirkan anak yang sihat, tetapi dengan dua kepala.

Anak kucing itu diberi nama Harvey, sempena watak cerita Batman, Harvey Dent yang menjadi dalang penjenayah Two-Face.

Pemilik anak kucing dari Arkansas, Amerika Syarikat, Ariel Contreras berkata, dia menyedari kepala tambahan itu semasa kucingnya melahirkan Harvey.

Bercakap kepada KYTV: "Saya pergi mencuci pakaian, saya melihat kucing saya mengiau, dan kemudian tiba-tiba anaknya mula keluar, dan saya mula menjerit memanggil suami.

"Ini adalah yang kedua, jadi apabila dia keluar, suami saya beritahu, 'Ia mempunyai dua kepala', dan saya balas, 'tidak mungkin!'."

Dilaporkan, kucing yang dilahirkan dengan dua muka berbeza dikenali sebagai kucing Janus.

Keadaan ini berpunca daripada induk kucing menghasilkan protein berlebihan dalam kandungannya. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain