suria

TikToker mengaku tak cuci alat sulit, enggan guna tuala wanita ketika datang haid

TikToker itu mengakui dia selesa membersihkan dirinya dengan cara semula jadi.

SEORANG wanita meraih perhatian netizen selepas berkongsi rahsia mengenai penjagaan kebersihannya menerusi aplikasi TikTok.

Menurut Eden Alexandra, dia enggan menggunakan tisu tandas mahupun tuala wanita kerana mahu memastikan alat sulitnya sentiasa bersih dan sihat.

"Saya tidak akan menggunakan tisu tandas, saya membersihkannya dengan baik jadi saya tidak memerlukannya.

"Nombor dua, saya tidak menggunakan sebarang sabun, tiada scrub, pastinya tiada pencuci badan, tiada apa-apa selain air untuk dibersihkan," ujarnya.

Eden berkata faraj wanita "membersihkan anggota itu secara semula jadi", sambil menambah bahawa apa sahaja yang diletakkan pada bahagian itu mengandungi bahan kimia tertentu yang berupaya "membuang bakteria semula jadi dan pH wanita.

Menurut Eden, dia juga mampu mengawal pengeluaran darah dengan semula jadi tanpa menggunakan tuala wanita.

"Saya tidak menggunakan tuala wanita. Malah, saya bebas daripada pendarahan.

"Saya mempunyai haid yang agak ringan jadi saya tidak semestinya memerlukan barang-barang ini. Saya akan memilih untuk hanya berdarah," ujarnya.

Eden juga lebih gemar memakai pakaian yang longgar untuk membolehkan alat sulitnya bernafas.

Dan perkara penting, dia berkata: "Saya tidak membasuh faraj. Bau semula jadi anda menakjubkan."

Penonton di TikTok ternyata terkejut dan keliru, malah ada yang turut berjenaka selepas Eden berkongsi video itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain