suria

Lelaki cipta sut robot, mahu bantu ular ‘berjalan‘ dengan empat kaki plastik

Allen mencipta peranti itu bagi memudahkan pergerakan ular.

SEORANG lelaki mencipta sut robot yang memberi ular keupayaan untuk "berjalan dengan kaki".

Allen Pan yang mempunyai pengetahuan dalam bidang kejuruteraan mencipta peranti DIY daripada tiub panjang dan empat "kaki" plastik untuk dipasang pada haiwan itu.

Dia yang juga YouTuber dari Los Angeles menjelaskan bahawa ular mempunyai kaki kira-kira 100 hingga 150 juta tahun yang lalu, namun mengalami evolusi sehingga mampu hidup tanpa kaki yang mana ia dipercayai berlaku disebabkan oleh mutasi genetik.

"Saya sebenarnya berasa kasihan dengan ular, mereka kehilangan kaki mereka dan tiada siapa yang cuba mencarinya kecuali saya," ujarnya.

Kata Allen, peranti DIY itu boleh dipasang dan dibuka dengan mudah.

Ia juga boleh diprogramkan menerusi komputer riba.

Untuk menguji reka bentuknya, Allen melawat penternak ular dan menggunakan salah seekor ular untuk menguji kecekapan robot itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain