suria

Lahir sebagai lelaki, Noella jalani terapi sejak umur 4 tahun... Kini bangga jadi model transgender paling muda

Noella tidak suka dilahirkan sebagai lelaki sebelum menjalani terapi pada usia empat tahun. Foto: Getty Images for Runway 7.

SEORANG kanak-kanak berusia 10 tahun menjadi model transgender termuda di pentas peragaan Minggu Fesyen New York.

Noella berjalan di pentas fesyen itu ketika memperagakan busana Mel Atkinso yang merupakan pereka di sebalik Trans Clothing Company.

Model muda itu berkata: "Saya gembira kerana sudah memberi inspirasi kepada kanak-kanak transgender untuk menjadi diri mereka sendiri."

Noella mula melakukan peralihan sosial pada usia empat tahun.

Ibu bapa Noella, Dee McMaher, 35, dan Ray, 32, berkata mereka amat berbangga dengan anak perempuan mereka, yang memberi inspirasi kepada orang lain.

Dee, yang bekerja sebagai pengarah acara, berkata: "Noella tidak pernah gementar atau takut dengan apa-apa. Dia seorang profesional.

ARTIKEL BERKAITAN: Dihantar ke penjara lelaki, transgender tak puas hati mahu saman pihak berkuasa

"Dia sangat teruja untuk turun ke pentas peragaan, teruja untuk melihat semua orang dan kamera. Dia tahu bagaimana untuk bekerja dengan orang ramai.

"Kami sangat berbangga dengan Noella kerana menjadi anak transgender pertama dalam Minggu Fesyen New York, kami kagum dengan keyakinan dan keazamannya."

Noella digambarkan sebagai anak kecil yang bermasalah dan dia enggan memakai pakaian lelaki, mengikut jantina asalnya.

Tetapi segala-galanya berubah apabila Noella menjalani terapi jantina pada usia empat tahun.

Ibu bapa Noella merasakan dia terlalu muda untuk memulakan peralihan perubatan, tetapi menyokongnya dalam peralihan sosial dan meneroka identitinya buat sementara waktu.

Dee menjelaskan bahawa Noella mempunyai permulaan hidup yang getir kerana dia tidak berpuas hati dianggap sebagai budak lelaki. - Mirror.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain