suria

Lelaki nekad kelar leher anjing gila selepas 4 gadis cedera diserang

Seorang lelaki cuba menyelamatkan empat gadis dari serangan seekor anjing gila. -gambar hiasan

SEORANG lelaki nekad mengelar leher seekor anjing hingga maut selepas mendengar tangisan dari sebuah unit apartment.

Menurut sumber polis kepada FranceInfo, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang di bandar Grigny di Essonne, Perancis pada 14 Ogos lalu.

Sebaik memasuki ke apartment berkenaan, lelaki itu mendapati seramai empat gadis cedera akibat diserang oleh seekor anjing jenis American Staffordshire Terrier yang di luar kawalan.

Dia cuba untuk memenangkan haiwan berkenaan, tetapi gagal.

Susulan itu, dia mencapai sebilah pisau dan mengelar leher anjing tersebut hingga maut.

Kesemua mangsa merupakan gadis berusia di bawah 24 tahun, mengalami kecederaan dalam serangan itu.

Mereka dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan, manakala lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Haiwan ganas itu tinggal bersama teman wanita kepada pemilik rumah, namun dia tiada di rumah ketika kejadian berlaku.

Polis Perancis dari bahagian Juvisy-sur-Orge kini membuka siasatan berhubung kejadian itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain