suria

Kisah jual anak harga lebih RM20,000 ada ‘plot twist’, ibu tergamak iklankan dagang organ

Seorang wanita dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan pemerdagangan kanak-kanak. foto Vladislav Lonshakov/E1/EAST2WEST NEWS

SEORANG ibu menggemparkan ramai dengan tindakannya menjual anak lelaki kandung, malah turut didakwa meletakkannya dalam laman web pemindahan organ manusia.

Perkara itu diberitahu kepada mahkamah.

Nargiza Aitmatova, 36, ditahan di Rusia kerana membuat hantaran di media sosial mengenai hasratnya untuk menjual anaknya berusia tujuh tahun itu dengan harga sekitar £4,000 (RM21,500).

Namun kini dia juga dikatakan cuba untuk menjual organ anaknya.

Dia ditahan polis menerusi operasi penyamaran apabila mereka membalas iklan tersebut.

jual anak 2

Terdapat dakwaan bahawa bapa tiri kanak-kanak itu tidak menyukai mangsa. foto Alternativa/EAST2WEST NEWS

Menurut sumber di Rusia, ibu kepada tiga anak itu percaya dia benar-benar menjual anaknya apabila bakal pembeli menyerahkan wang tunai sebagai maklum balas kepada iklannya.

"Aitmatova menyerahkan semua dokumen anaknya, termasuk kad perubatan, polisi insurans, sijil kelahiran,dan kad migrasi," kata sumber.

ARTIKEL BERKAITAN: Atur pertemuan di pusat beli-belah, ibu kantoi jual anak kecil untuk bayar hutang

Dalam operasi itu, wanita yang berasal dari Kyrgyzstan berdepan dengan pertuduhan memperdagangkan kanak-kanak.

Dia direman selama dua bulan sementara menunggu hasil siasatan.

Wanita itu mendakwa dia menjual anaknya untuk menjelaskan hutang, selain suami baharunya (bapa angkat mangsa) tidak menyukai kanak-kanak itu.

Budak itu kini dalam jagaan perkhidmatan sosial sementara keputusan mengenai nasibnya ditentukan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain