suria

Kejam! Wanita lemaskan anjing peliharaan sebelum buat ‘live’ tunjuk bangkai

Erica Black ditahan kerana melemaskan anjing peliharaannya di kolam. foto FB Brevard County Sheriff's Office

SEORANG wanita didakwa melemaskan seekor anjing peliharaannya dan kemudian memukul haiwan itu yang tidak bernyawa.

Erica Black, 32, membawa haiwan peliharaannya ke sebuah kolam renang dan kemudian memegangnya di bawah air.

Dalam kejadian di Florida, Amerika Syarikat, wanita itu membuat rakaman terhadap haiwan yang sudah mati itu secara langsung.

Susulan itu, Black ditahan polis selepas rakan sebiliknya menyerahkan rakaman CCTV berhubung serangan itu kepada pihak berkuasa.

Rakaman itu menunjukkan Black memegang seekor anjing jenis Chihuahuanya sambil berjalan ke sebuah kolam renang.

Dia kemudian membongkok dan meletakkan anjing itu di bawah air sehingga haiwan itu bergelut di hadapan kamera.

Polis tidak mendedahkan separuh kedua video tersebut, tetapi mendakwa Black membiarkan anjingnya mati terapung di kolam sebelum menghempas bangkainya sebanyak empat kali.

Pejabat Sheriff Brevard County mendakwa wanita itu juga meninggalkan bangkai anjing itu di atas sofa selama empat hari dan kemudian menyiarkannya secara langsung di media sosial.

Memetik laporan Newsweek, Black didakwa kerana melakukan kekejaman terhadap haiwan, dan ditahan serta dikenakan bon AS$150,000 (RM666,684). - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain