suria

Doktor tampar budak 3 tahun hidap asma di hospital, apa sebenarnya berlaku?

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menghidap asma ditampar oleh seorang doktor.

SATU keluarga membuat laporan polis selepas anak mereka berusia tiga tahun yang menghidap asma dipukul oleh seorang doktor yang enggan memberikan rawatan.

Dalam kejadian di Thailand, ibu kanak-kanak itu, Sutharat, 24, berkongsi kisah traumatik itu pada Ahad menerusi grup Facebook.

Wanita itu menggambarkan bagaimana dia membawa anaknya ke hospital di bandar Nakhon Pathom selepas anak lelakinya menghidap asma.

Sutharat menceritakan anaknya sedang bermain dengan permainan di pangkuannya semasa mereka menunggu doktor apabila anaknya secara tiba-tiba memukul mukanya sendiri.

Anak kecil itu kemudian mengeluarkan kata-kata 'F*ck', kena mulut saya!'

Doktor itu berpaling secara tiba-tiba dan menampar muka kanak-kanak itu.

Sambil cuba menenangkan anaknya yang menangis teresak-esak, Sutharat bertanya kepada doktor mengapa memukul anaknya.

Doktor itu hanya menjawab: "Saya juga melakukan perkara yang sama pada anak saya."

Dia kemudiannya menghulurkan nebulizer kepada wanita yang kebingungan itu dan keluar dari bilik rawatan.

Doktor itu dilaporkan berkata: "Apa yang anda akan lakukan kepada saya? Jangan datang untuk mendapatkan rawatan daripada saya. Di situ pintunya!"

Susulan kejadian itu, Sutharat kemudian membuat laporan dengan Polis Kam Paeng Saen.

Bercakap kepada media tempatan, doktor berkenaan mengaku memukul kanak-kanak lelaki itu.

Dia mendakwa kanak-kanak itu menghinanya, dengan berkata, 'F*ck doktor Tu' menggunakan nama panggilan doktor itu 'Tu'.

Sepanjang pengalamannya bekerja di hospital selama 25 tahun, dia tidak pernah lagi mendengar kanak-kanak merungut atau menjerit dengan kata-kata kesat sekiranya mereka takut atau terkejut sebelum atau semasa rawatan.

Kanak-kanak ini, katanya, telah menyebut namanya sehingga mencetuskan reaksi dramatiknya.

Doktor tersebut bagaimanapun mengakui dia tidak sepatutnya memukul kanak-kanak itu dan menjelaskan dirinya tertekan kerana dia bersama keluarganya baru sembuh daripada Covid-19.

Jelasnya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada majikannya sejurus insiden itu, sambil menambah sedia memohon maaf secara bersemuka dengan keluarga kanak-kanak itu. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

LTAPP turut dilanda banjir