suria

Kanak-kanak dua tahun meninggal secara tiba-tiba

Canter meninggal secara tiba-tiba.

SEORANG kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dunia secara tiba-tiba ketika sedang tidur di rumahnya.

Arlo Canter, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Canton, Cardiff, oleh keluarganya.

Beberapa jam sebelum itu Canter dikatanya kelihatan ceria seperti biasa.

Ibunya Kirsty berkata: "Dia mempunyai senyuman yang paling indah, yang dapat menerangi bilik dan kami sangat berbangga dengan budak lelaki yang hebat itu."

Ayahnya Cameron yang sedih berkata Canter tidak mengalami sebarang masalah kesihatan sepanjang hayatnya yang singkat selain asma ringan.

Keluarga tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan punca kematian.

"Setiap kali anda melihatnya dia hanya tersenyum, dan mata birunya akan menerangi bilik.

"Secara peribadi, saya masih tidak percaya ia berlaku.

"Saya rasa saya perlu mengambilnya dari taska," kata Cameron.

Dua halaman GoFundMe yang disediakan untuk membantu membayar kos pengebumian keluarga telah berjaga mengumpul lebih £10,000 setakat ini.

Pelepasan belon biru sebagai tanda ingatan kepada Canter akan berlangsung di belakang sekolah Treganna di Canton pada hari Jumaat jam 1 tengah hari.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kanak-kanak, meninggal, tidur, misteri

Artikel Berkaitan

Artikel Lain