suria

Tiga lelaki ditahan cuba jual abu mayat influencer popular untuk ritual ‘perkahwinan hantu’

Luoxiaomaomaozi meninggal dunia kerana meminum racun serangga semasa siaran live di aplikasi Douyin.

SEORANG pekerja pengebumian di China dilaporkan telah mencuri abu mayat seorang influencer wanita popular negara tersebut, dengan niat mahu menjualnya untuk ritual 'perkahwinan hantu'.

Influencer yang dikenali sebagai "Luoxiaomaomaozi", meninggal dunia selepas dia meminum racun serangga semasa siaran langsung (livestream) di platform media sosial Douyin, aplikasi menyerupai TikTok versi Cina.

Laporan media tempatan mengesahkan influencer wanita itu meninggal dunia pada 15 Oktober selepas bantuan kecemasan oleh pasukan perubatan gagal menyelamatkan nyawanya.

Dalam video terakhirnya sehari sebelum kematian, wanita itu bercakap mengenai kemurungan dan memaklumkan bahawa video tersebut mungkin 'video terakhirnya'.

Luoxiaomaomaozi mempunyai 678,000 pengikut di Douyin, dan menerbitkan 38 video di laman tersebut sebelum dia meninggal dunia.

Selepas mayatnya dibakar, seorang pekerja rumah pengebumian mencuri abunya dan berpakat dengan dua individu lain untuk menjualnya kepada pembeli yang ingin melakukan ritual 'perkahwinan hantu'.

Perkahwinan hantu adalah tradisi di beberapa wilayah di China kerana mereka percaya bahawa si mati perlu berkahwin untuk mengekalkan keturunan mereka.

Tradisi tersebut wujud sejak 3,000 tahun lalu dan lazimnya dilakukan oleh ibu bapa yang mahu anak-anak mereka yang sudah mati mencari pasangan.

Amalan ini telah diharamkan di China selama beberapa dekad, namun ia kembali baru-baru ini dengan munculnya 'pencari jodoh hantu' dalam talian.

Rancangan ketiga-tiga lelaki itu bagaimanapun gagal apabila mereka tidak menemui pembeli abu dan kemudiannya ditahan polis. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain

TMJ beri bayangan KJ bakal jadi CEO JDT