suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Disangka patung plastik, rupa-rupanya buaya sebenar... lelaki ini cedera ketika sedang bergambar

Ketika kejadian, mangsa sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum cedera diserang buaya. Foto: ViralPress.

MALANG menimpa lelaki ini apabila dia cedera dibaham seekor buaya pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-68 di sebuah taman tema di Filipina, baru-baru ini.

Mangsa, Nehemias Chipada menyangka ia merupakan patung plastik sebelum selamba merakam gambar dengan reptilia tersebut.

Namun tanpa disangka-sangka, ia bukanlah patung, sebaliknya buaya yang sebenar.

Ketika kejadian, mangsa sempat mengambil beberapa keping gambar sebelum cedera diserang buaya sepanjang 3.6 meter itu.

Malah, kejadian berkenaan turut disaksikan ahli keluarganya.

Kecederaan pada bahagian lengan yang dialami menyebabkan dia dikejarkan ke Pusat Perubatan Mindanao Utara dan terpaksa menjalani pembedahan.

Selain kecuaian mangsa, pihak taman tema turut diselar kerana tidak menyediakan papan tanda amaran kepada pengunjung sehingga berlaku kekeliruan dalam kejadian tersebut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain