suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Digelar doktor gigi paling ‘hot’ di Liverpool, lelaki ini digantung lesen gara-gara memandu ketika mabuk

Sahdev sebelum ini pernah diberi gelaran doktor gigi paling 'hot' di Liverpool kerana tubuhnya yang sado. Foto: Liverpool Echo.

KERETA Mercedes milik seorang doktor rosak teruk selepas terlibat dalam sebuah kemalangan pada 4 Julai lalu.

Lebih teruk, kereta dipandu Rohan Sahdev turut merempuh sebuah Audi, sekaligus membongkar tindakannya yang memandu ketika sedang mabuk.

Menerusi perbicaraan di mahkamah pada Selasa, Sahdev disahkan bersalah dan digantung lesen selama 20 bulan.

Selain denda bernilai £4,035 (RM22,707), dia turut diarah membayar kos baik pulih kenderaan mangsa yang dilanggarnya.

Disebalik kisah itu, Sahdev sebelum ini pernah diberi gelaran doktor gigi paling 'hot' di Liverpool kerana tubuhnya yang sado.

Dia juga pernah tampil dalam Liverpool Echo dan bercakap mengenai amalannya yang berkunjung ke gim sebanyak enam kali seminggu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain