suria

Lelaki Rusia bunuh diri dalam tandas pesawat, apa sebenarnya yang berlaku?

Perjalanan pesawat itu terpaksa ditunda selama lima jam sebelum ia kembali berlepas ke Rusia. Foto: jetphotos.com/ East2west News.

SEBUAH pesawat dalam perjalanan dari Mesir ke Rusia terpaksa membuat pendaratan cemas selepas seorang penumpang ditemui mati di dalam tandas.

Lelaki Rusia itu, Alexander Dokshin, 48, dipercayai membunuh diri di dalam tandas pesawat berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke negaranya.

Menurut kru kabin, mereka terpaksa memecahkan pintu tandas berkenaan sebelum menemui tubuh Doshkin di atas lantai.

Kejadian itu turut menyebabkan berlakunya kekecohan dalam kalangan penumpang pesawat berkenaan.

"Saya sedang berada di tempat duduk, tiba-tiba kami semua panik selepas mendengar arahan mengenai paramedik," ujar Tatyana yang juga penumpang pesawat tersebut.

Selepas melakukan pendaratan cemas di Kaherah, perjalanan pesawat itu terpaksa ditunda selama lima jam sebelum ia kembali berlepas ke Rusia. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain