suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelanggan pasar raya terkejut jumpa kepompong labah-labah paling berbisa melekat pada pisang

Kepompong labah-labah 'Brazilian Wandering' yang ditemui Adam.

LABAH-LABAH Pengembara Brazil (Brazilian Wandering Spider) merupakan salah satu daripada spesies labah-labah yang diketahui membawa ancaman serius kepada manusia.

Haiwan yang berpotensi membawa maut itu biasanya ditemui di kawasan tropika di Amerika Selatan, namun nampaknya kini ia 'dikesan' berada dalam pasar raya!

Pelanggan pasar raya Tesco di East Sussex, Adam Shepher terkejut apabila menemui kepompong haiwan itu yang melekat pada setandan pisang.

Dia sempat merakam gambar sebelum menyerahkan tandan pisang tersebut kepada kakitangan pasaraya.

Adam kemudian berkongsi foto tersebut di Facebook, di mana ia dikenal pasti sebagai Brazilian Wandering, atau 'Banana Spider'.

"Saya tidak begitu terkejut kerana saya pernah bekerja di Tesco dan saya telah melihatnya beberapa kali," katanya kepada media tempatan.

Untuk rekod, gigitan haiwan berkenaan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, berpeluh dan ereksi yang tidak terkawal kepada lelaki. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain