suria

Polis jumpa lebih RM12 juta dalam but sebuah kereta

Seorang lelaki ditahan dan didakwa melakukan pengubahan wang haram.

SEORANG lelaki didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas polis dilaporkan menemui wang tunai lebih AU$4 juta di dalam but sebuah kereta di Calamvale, Queensland, pada pagi 20 November lalu.

Polis Queensland berkata, polis terlihat seorang lelaki berada dalam "keadaan mencurigakan" berhampiran sebuah kenderaan yang diletakkan di Jalan Ormskirk pada kira-kira 5 pagi pada hari Sabtu.

Dia meletakkan beg pakaian besar di dalam but kenderaan namun ketika polis menghampirinya dia kelihatan "gugup dan cuba mengelak".

Sebuah video dikongsikan Polis Queensland di Twitter, menunjukkan seorang pegawai polis memotong beg tersebut sebelum menjumpai sejumlah besar wang kertas di dalamnya.

Polis berkata nilai wang yang ditermui melebih AU$4.1 juta.

Suspek, seorang penduduk New South Wales, telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan untuk mematuhi Arahan Kesihatan Awam Covid -19. - Storyful

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain