suria

Pintu lori tiba-tiba terbuka, orang ramai ambil peluang kutip duit kertas terbang atas jalan

Sehingga kini, polis sudah menahan dua individu yang terlibat dalam kejadian itu.

PINTU sebuah lori yang membawa wang tunai terbuka secara tiba-tiba menyebabkan berlakunya kekecohan di atas jalan raya.

Menerusi kejadian di Carlsband, Amerika Syarikat, ribuan helaian wang tunai terbang ke atas jalan raya sehingga ia menjadi perhatian ramai.

Lebih teruk, ada yang sanggup memberhentikan kenderaan untuk mengutip wang tersebut.

Pada masa sama, pemandu lori berkenaan dilihat membuat rakaman video ketika orang ramai sedang mengutip wang di atas jalan.

Sehingga kini, polis sudah menahan dua individu yang terlibat dalam kejadian itu.

Jumlah sebenar wang dalam kejadian itu masih belum dapat dipastikan.

Ujar polis, mereka kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain