suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru seminggu dihias cantik, ada ‘tangan jahat’ rosakkan Lamborghini bertatahkan Swarovski

Proses pemasangan kristal berkenaan memakan masa hampir 700 jam. Foto: BACKGRID.

BARU seminggu kereta mewah ini dihias dengan kristal Swarovski, tiba-tiba ia rosak kerana perbuatan individu tak dikenali.

Menurut Daria Radianova, Lamborghini miliknya ditinggalkan di tepi jalan di London, namun dia tidak sangka ada individu sanggup merosakkan kereta tersebut.

Model berusia 26 tahun dari Rusia itu turut berkongsi berita berkenaan buat pengikutnya menerusi laman Instagram.

"Semoga karma akan berbalik kepada kamu," tulisnya buat 650,000 pengikutnya.

Daria memiliki kereta itu sejak tahun 2019.

Difahamkan, proses pemasangan kristal berkenaan memakan masa hampir 700 jam.

"Saya ada banyak barang kemas, permata merupakan kemestian bagi setiap wanita.

"Sebab itulah saya mahu kereta saya dihias dengan permata," ujarnya.

Selain kereta mewah, Daria turut mengumpul koleksi beg dan kasut mewah seperti jenama Louboutin dan Louis Vuitton. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain