suria

Tak dapat tempat duduk, penumpang lelaki selamba pasang ‘hammock’ dalam kereta api

Video gelagat lucu seorang penumpang yang memasang 'hammock' di dalam kereta api menjadi tular di Instagram.

GARA-GARA tidak mendapat tempat duduk ketika menaiki sebuah kereta api, seorang penumpang lelaki tampil dengan idea kreatif.

Penumpang berkenaan menggunakan sehelai kain panjang dan mengikat bucunya pada besi tempat menyimpan bagasi, menjadikannya seperti buaian gantung atau 'hammock'.

Dia kemudian dilihat memanjat dan berbaring dengan selesa di dalam buaian berkenaan sambil melunjurkan kakinya.

Penumpang lain yang duduk berhampiran lelaki itu turut terkesima dengan aksi lelaki berkenaan.

Video memaparkan aksinya memasang buaian menjadi viral di media sosial selepas dikongsi di Instagram 'Meme.bks' beberapa hari lalu.

Ia ternyata mencuit hati netizen yang membanjiri ruangan komen dengan emoji lucu.- India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain