suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki ‘terlajak’ berani cuba ceroboh kandang singa, dakwa sedang cari berlian tersembunyi

Kumar (berbaju merah) dilihat menunggu singa berkenaan beredar sebelum cuba menceroboh kandang haiwan berkenaan.

SEORANG lelaki yang cuba menceroboh kandang singa di Taman Zoologi Nehru, Hyderabad berjaya diselamatkan pihak berkuasa zoo berkenaan.

Dalam kejadian yang berlaku pada 23 November lalu, lelaki yang dikenali sebagai G Sai Kumar, 31, berjaya memasuki kandang singa dan duduk di atas batu besar, beberapa meter daripada haiwan berkenaan.

Pengunjung yang menyedari situasi tersebut mula menjerit dan meminta Kumar supaya tidak melompat ke dalam kandang.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan terus menunggu singa itu beredar supaya dia boleh masuk ke dalam kandang.

Ketika kekecohan berlaku, pihak berkuasa zoo bergegas ke tempat kejadian dan menyerahkan lelaki itu kepada polis selepas menyelamatkannya.

Menurut laporan Indian Express, Kumar memberitahu polis bahawa dia sedang mencari berlian yang dikatakan disembunyikan di dalam kandang singa di zoo tersebut.

"Dia memberitahu kami dia sedang mencari berlian yang dipercayai disembunyikan di dalam kandang singa. Dia nampaknya mengalami gangguan mental," kata seorang pegawai polis. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain