suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video menunjukkan kanak-kanak di madrasah lari ketika gempa bumi

Murid-murid dan guru mereka bersedia untuk solat sebelum gempa melanda.

" target="_blank">VIDEO sekumpulan kanak-kanak dan guru mereka melarikan diri sebelum sempat menunaikan solat tular di media sosial.

Seramai 15 kanak-kanak itu guru mereka kelihatan berdiri di atas sejadah, sebelum melarikan diri ke sudut bilik ketika gempa bumi melanda.



Kanak-kanak terbabit lari ke sudut dalam bilik.

Beberapa objek kelihatan bergegar di dalam bilik itu.

Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.1 skala richter itu melanda wilayah sempadan Myanmar-India pada awal Jumaat (26 November), tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan.

Gempa itu dirasai di Chittagong, Bangladesh, di mana madrasah itu terletak, sehingga ke Kolkata, kira-kira 280 batu (450.62 km) dari Aizawl menurut kenyataan saksi yang disiarkan Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) dan pengguna di Twitter. - Reuters.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

gempa bumi, madrasah, surau,

Artikel Lain