suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang cinta ditolak, wanita bakar motor bekas kekasih untuk balas dendam

Perbuatan wanita tersebut yang membakar motor bekas kekasihnya dirakam CCTV.

SEORANG wanita berusia 36 tahun di Thailand bertindak membakar motosikal bekas kekasihnya kerana lelaki itu enggan kembali bersamanya.

Difahamkan, wanita tersebut sebelum ini menghadiahkan motosikal model Triumph kepada teman lelakinya ketika mereka bercinta.

Namun setelah hubungan mereka berakhir, wanita itu ingin membalas dendam terhadap bekas kekasihnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita bernama Kanok Wan itu dilihat berjalan menghampiri motosikal bekas kekasihnya sebelum membakar kenderaan tersebut dan segera berlalu dari tempat kejadian.

Rancangannya untuk membalas dendam tercapai, namun apa yang lebih teruk, enam kenderaan lain yang diparkir berdekatan turut dijilat api.

Bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera akibat insiden itu kerana tindakan pantas anggota bomba yang berjaya memadamkan api. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain