suria

Bekas jutawan maut ambil dadah berlebihan di hotel lima bintang

Martin Skinner maut akibat mengambil dadah berlebihan. foto Facebook / Mirror

SEORANG ahli perniagaan di Britain yang pernah bergelar jutawan, maut selepas mengambil dadah secara berlebihan di sebuah hotel di Dubai.

Pada 2019, beliau pernah dipenjara kerana mengambil dadah jenis kokain sehingga menyebabkan kereta Porcshe 911 GT3 yang dipandunya hilang kawalan dan merempuh pokok di Worthing, West Sussex, di United Kingdom.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang cinta ditolak, wanita bakar motor bekas kekasih untuk balas dendam

Martin Skinner, 42, mengalami ketagihan dadah selama bertahun-tahun.

Keadaan itu mengakibatkan beliau kehilangan firma hartanah miliknya bernilai £500 juta (RM2.8 bilion) dan diisytihar muflis.



Keadaan kereta yang dipandu Skinner terbabit nahas pada 2019. foto SWNS

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Menerusi pendengaran Mahkamah Koroner London, bapa kepada seorang anak dari Chelsea di barat London itu ditemui mati di sebuah hotel di Dubai, pada 11 Mei.

Bekas rakan kongsi Skinner, Magdalena dalam satu kenyataan berkata, "Martin merupakan seorang ahli perniagaan bercita-cita tinggi.

"Beliau membangunkan perniagaan sebagai pemaju hartanah. Beliau kehilangan ayahnya pada usia muda tetapi itu tidak menghalangnya untuk menjadi seorang penyayang."

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tambahnya, Skinner begitu meminati kereta, gemar melancong dan bermain sukan tenis, namun keadaan kesihatannya tidak baik kerana ketagihan dadah.

Skinner sebelum ini memberitahu bahawa beliau keluar masuk pusat pemulihan kerana secara mentalnya tidak mampu melawan ketagihannya, mengakibatkan perniagaan yang dibinanya musnah dan muflis. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain