suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terlebih kreatif! Gadis transformasi rambut sendiri menjadi gaun

Gadis ini melaram dengan 'gaun' yang ditransformasikan daripada rambutnya sendiri.

MACAM-MACAM cara untuk tampil kreatif!

Seorang gadis ini mencuri tumpuan pengguna media sosial apabila memuat naik video mentransformasikan rambut panjangnya untuk kelihatan seperti sepasang gaun.

Video tersebut telah dikongsi di akaun Instagram hepgul5.

Menerusi video berkenaan, gadis itu dilihat memakai topi dan cermin mata hitam dengan rambutnya yang lebat, panjang dan tebal melilit tubuh badannya untuk membuatkannya seperti sedang mengenakan gaun.

Untuk membuatkan 'gaun' paras lutut itu kelihatan lebih menarik, gadis tersebut siap mengenakan tali pinggang sebagai aksesori tambahan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sehingga kini video tersebut meraih lebih 5, 500 tanda suka (like) selain dibanjiri komen netizen.

Ada sebahagian pengguna media sosial mendakwa video tersebut mungkin diedit.

Sementara itu, ada juga yang mengatakan bahawa rambut gadis tersebut merupakan rambut palsu atau dia berkemungkinan menggunakan teknik penyambungan (extension) rambut. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain