suria

Unik! Ular bernama My Love buat ramai terpesona dengan sisik berwarna warni

Warna sisik My Love yang berwarna warni seperti pelangi menarik perhatian ramai.

APABILA menyebut perkataan ular, pasti ramai yang menunjukkan reaksi wajah takut serta geli dengan haiwan reptilia berkenaan.

Namun, satu klip video yang kini tular di media sosial pasti mengubah tanggapan segelintir individu yang 'anti' ular.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram The Reptile Zoo, seekor ular yang diberi nama My Love memukau perhatian ramai kerana memiliki sisik yang berwarna warni seperti pelangi.

Pada mulanya, sisik ular itu kelihatan berwarna biru namun jika dilihat secara dekat, ia sebenarnya mempunyai banyak warna.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah warnanya lebih menyerlah dan bersinar apabila terkena pantulan cahaya.

Video tersebut menjadi viral dengan rata-rata pengguna media sosial terpesona dengan kecantikan dan keunikan ular yang dikenali sebagai ular pelangi (rainbow snake) itu.

Ular pelangi atau dikenali sebagai Farancia erytrogramma adalah spesies ular kolubrid yang besar dan tidak berbisa yang biasa ditemui di tenggara Amerika Syarikat. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain