suria

Pekerja zoo digigit di muka gara-gara mahu ambil telur ular sawa

Detik di mana Brewer digigit oleh seekor ular sawa ketika mahu mengambil telur milik reptilia berkenaan.

KLIP video seorang pekerja zoo digigit pada bahagian muka oleh seekor ular sawa besar menjadi tular dan mengejutkan pengguna media sosial.

Insiden itu berlaku di Zoo California's Reptile ketika Jay Brewer mahu mengambil telur milik ular sawa berkenaan untuk dieramkan.

Video itu menjadi viral selepas dimuat naik oleh Brewer sendiri di Instagramnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam video tersebut, kelihatan Brewer sedang berusaha untuk mengambil telur yang berada di dalam lingkaran ular sawa berkenaan.

Dia cuba mengalih perhatian ular sawa tersebut dengan menggunakan batang logam dan sebaik sahaja dia memegang telur, reptilia itu dengan pantas menyerang dan menggigit wajahnya.

Brewer hanya mengalami luka kecil akibat gigitan reptilia berkenaan.

Video tersebut sehingga kini meraih 1.9 juta tontonan, 131, 951 tanda suka (likes) dan turut mengundang ratusan komen. - India.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain