suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Impian bakal pengantin musnah, hotel lokasi majlis kahwin jadi pusat kuarantin

Jon dan Wendy berjaya mendapatkan lokasi baharu untuk majlis perkahwinan mereka. foto Mirror

SATU pasangan berang kerana impian perkahwinan musnah apabila hotel yang menjadi lokasi majlis perkahwinan bertukar menjadi pusat kuarantin.

Jon Shaw dan Wendy Thornton dijadualkan melangsungkan perkawinan di sebuah rangkaian hotel terkenal di Bromsgrove, United Kingdom, pada 17 Julai depan.

Menurut laporan Birmingham Live, mereka telah merancang untuk hari istimewa itu selama 18 bulan.

Bagaimanapun, berita mengejutkan mengenai pusat kuarantin itu telah merosakkan rancangan perkahwinan mereka.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hotel yang terletak di Worcestershire itu ditutup untuk orang awam bermula Khamis apabila kerajaan akan menggunakannya bagi mana-mana pengembara dari negara-negara zon merah.

Pasangan itu telah membuat tuntutan daripada hotel tersebut untuk bayaran ganti rugi.

Mereka bagaimanapun mendakwa masih belum mendapat maklum balas berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, Jon dan Wendy berjaya mendapatkan lokasi baharu untuk majlis perkahwinan mereka dengan bantuan rakan-rakan. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain