suria

Sayu... lelaki berkerusi roda dipertemukan semula anjing yang hilang

Rodriques dipertemukan semula dengan anjing kesayangannya, Whitey. foto India Times

SEORANG kakitangan Indigo Airlines, Joseph Rodriques begitu rapat dengan seekor anjing di balai berlepas di lapangan terbang Andheri di Mumbai, India.

Menurut laporan Times of India, keakraban mereka cukup dikenali di lapangan terbang tersebut.

Bagaimanapun, anjing tersebut hilang secara tiba-tiba dan membimbangkan Rodriques.

"Saya menjadi sangat cemas kerana tidak dapat mencari Whitey di semua tempat di kompleks lapangan terbang. Yang mengejutkan saya ialah seekor anjing lain, Browny, kawan Whitey, mula menunjukkan tanda-tanda tekanan yang teruk.

"Browny akan duduk sangat dekat dengan kerusi roda saya dan sering merengek seolah-olah cuba memberitahu saya bahawa sesuatu yang dahsyat telah berlaku kepada Whitey," kata Rodrigues.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun, dia benar-benar nekad untuk mencari anjing berkenaan meskipun dia kurang upaya.

Dia memulakan pencarian dengan menghantar mesej secara dalam talian dan foto anjing yang hilang kepada aktivis haiwan di seluruh negara.

Akhirnya, aktivis Priyanshu Sharma, Kalyani, Chaitanya, dan seorang anggota polis Mumbai, ACP Sudhir Kudalkar dan pasukannya membantu Rodrigues untuk mencari Whitey.

Selain mencari di jalanan, Rodrigues pergi memeriksa pusat anjing di Bandra dan Malad di mana penangkap anjing BMC menyimpan anjing-anjing itu.

Namun, setelah melakukan pencarian Whitey tanpa henti, Rodrigues akhirnya menemuinya di sebuah sangkar anjing di pusat Malad, dan ia merupakan saat paling gembira baginya setelah haiwan itu hilang sekian lama. - India Times

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain