suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing diikat dengan batu, dibuang dalam sungai... pemilik kejam akhirnya dipenjara

Selain hukuman penjara, pelaku turut diarahkan menjalani 12 bulan kerja komuniti.

KEJAM.

Itulah kata-kata yang dapat menggambarkan tindakan seorang wanita yang cuba membunuh anjing miliknya.

Pelaku, Charlene Latham, 32, mengaku bersalah atas dakwaan itu di sebuah mahkamah di Nottingham dan dijatuhkan hukuman penjara.

Selain hukuman penjara, dia diarahkan menjalani 12 bulan kerja komuniti.

Menerusi kejadian pada 6 Januari tahun lalu, dia mengikat anjingnya dengan batu sebelum ia dibuang di Sungai Trent.

Namun, ada seorang individu sanggup terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan haiwan berkenaan.

Anjing yang diberi nama Bella itu kini dijaga oleh pemilik baharu.

Untuk rekod, pelaku sudah membela Bella selama 11 tahun. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain